fbpx

Jangan cerita hal peribadi – Eilish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILLIE EILISH

PENYANYI berbakat besar Billie Eilish mengakui tidak selesa apabila netizen lebih banyak bercerita perihal peribadinya berbanding bakat yang dimilikinya.

Bahkan, pe­nyanyi berusia 19 tahun itu juga tidak suka jika dianggap sebagai idola oleh para peminat kerana berasakan dirinya belum cukup bagus untuk dicontohi.

“Saya berasa sedikit terganggu apabila orang kata saya seorang ‘tomboy’ sedangkan itu adalah urusan saya.

“Saya selesa menjadi diri sendiri dan berharap orang ramai tidak mempersoalkan siapa diri saya,” ujarnya.

Sedang hangat dengan lagu Happier Than Ever, Eilish berkata, dia hanya mahu jika orang bercakap tentang kerjaya nyanyiannya dan lagu-lagu yang dihasilkan.

“Saya hanya suka menghasilkan lagu dan berharap akan dapat menghasilkan lebih banyak karya yang digemari peminat.

“Saya sayangkan anda (peminat) dan saya juga mengharapkan perkara yang sama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI