fbpx

Makmal Sehenti Analisis DNA Forensik Pantai Timur ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad (kanan) menerima taklimat tentang peralatan analisis forensik di Makmal Sehenti Analisis DNA forensik, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Makmal Sehenti Analisis asid deoksiribonukleik (DNA) Forensik milik Jabatan Kimia Malaysia Terengganu di sini bakal menjadi hab utama siasatan berkaitan forensik untuk Pantai Timur.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim, berkata, seramai tiga pegawai pakar ditempatkan di makmal yang turut dilengkapi peralatan serba moden.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, sampel analisis dari tiga negeri di Pantai Timur kini tidak lagi perlu dihantar ke ibu pejabat Jabatan Kimia Malaysia seperti diamalkan sebelum ini.

“Piagam Jabatan Kimia Malaysia adalah untuk mendapat keputusan analisis forensik DNA dalam tempoh 25 hingga 30 hari.

“Dengan adanya makmal ini, tempoh itu boleh dipercepatkan sekali gus membantu pihak berkuasa mempercepatkan siasatan di mahkamah dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Makmal Sehenti Analisis DNA Forensik dan Analisis Air Zon Pantai Timur di Jabatan Kimia Terengganu di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI