fbpx

Bunga untuk Sherry, ada apa-apa ke Ryzal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAMBAK lili. Manis sungguh nampaknya hadiah hari jadi Ryzal untuk Sherry,

BARU-BARU ini pelakon Sherry Ibrahim membuat perkongsian dalam InstaStorynya tentang hadiah sejambak bunga lili yang diberikan oleh pelakon, Ryzal Jaafar sempena ulang tahun kelahirannya.

Apa yang menariknya, Ryzal telah memberikan sendiri bunga tersebut kepada Sherry sewaktu berkunjung ke salun milik pelakon itu di Publika.

Dek sambutan yang agak istimewa, timbul pula spekulasi tentang hubungan mereka.

Menerusi Instagram Ryzal pula, pelakon tu ada memuat naik sebuah video memegang jambangan bunga dengan kapsyen berbaur ‘sweet’ apabila memaklumkan si penerima jambangan istimewa itu sukakan bunga lili.

Difahamkan sebelum ini pun Sherry pernah memberi kejutan sempena ulang tahun Ryzal. Wah! Kalau betul ada apa-apa hubungan, kenapa nak berahsia ya? Lambat-laun orang akan tahu juga.

Tiba-tiba sayu pula rasa terkenangkan, sambutan hari lahir yang baru sahaja berlalu tanpa bunga atau makan atau makan makan berdua. Lambat lagi!

DIVA: Tak sabar nak bercuti ke Bali, tapi kasihan pula kepada Nourul Depp, elok-elok dah berangkap nak berhijrah ke sana pun asyik kena perli dengan netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI