fbpx

13,104 kes baharu Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes baharu merekodkan angka di bawah 14,000 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes baharu merekodkan angka di bawah 14,000 dengan 13,104 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,198,235 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di laman Twitter berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 2,943 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 1,558 kes dan Johor sebanyak 1,455 kes.

“Kelantan (1,206 kes), Sabah (1,078 kes),Perak (994 kes), Pulau Pinang (955 kes), Kedah (721 kes), Terengganu (685 kes), Pahang (604 kes), Melaka (362 kes), Kuala Lumpur (270 kes) Negeri Sembilan (165 kes), Perlis (80 kes), Putrajaya (24 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI