fbpx

PKPD di Kampung Bambangan, Sabah Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Kampung Bambangan banyak terlibat dalam kegiatan ekonomi berasaskan perikanan dan pelancongan. - Foto MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA – Sebuah perkampungan di Sabah, menjadi lokaliti tunggal di negara ini yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa iaitu Kampung Bambangan di Daerah Telupid.

Perkampungan kecil nelayan yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pelancongan tempatan itu mempunyai kurang daripada 100 buah keluarga berpendapatan rendah.

Ketika ini, daerah berkenaan merekodkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,313 dengan semalam Jabatan Kesihatan Sabah mencatatkan 429 kes masih aktif.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, tiga lagi lokaliti di negeri tersebut ditamatkan PKPD serentak esok, lebih awal daripada dijadualkan.

“Ia melibatkan Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn. Bhd. di Segama, Lahad Datu dan Kampung Dumpiring, Ranau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Pahang pula, katanya, PKPD berakhir membabitkan Ladang Insanjaya dan Ladang Darabit, Mukim Bebar, Daerah Pekan seperti dijaduakan setelah dilaksanakan PKPD pada 13 September lalu.

“Di Kelantan, dua lokaliti diwartakan PKPD sejak 15 September, tamat lebih awal esok iaitu Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Simpangan, Mukim Pengkalan Kubur, Tumpat,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI