fbpx

Keputusan rentas negeri tiga minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin beramah mesra dengan penerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Pandu Lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja di Kem Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri akan dimaklumkan dalam tempoh kira-kira tiga minggu.

Beliau berkata, keputusan itu susulan pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan dalam menyegerakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarah untuk meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan orang ramai menerima vaksin lengkap dalam masa terdekat bagi membolehkan sasaran 90 peratus dalam tempoh itu.

“Antara tindakan segera yang dilaksanakan ATM ialah mengatur gerak lebih banyak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) untuk membantu KKM melakukan proses vaksinasi khususnya bagi masyarakat di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram, di sini hari ini.

Tambahnya, ATM juga telah diarah untuk memperluas program vaksinasi pandu lalu yang dilaksanakan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi warga ATM kepada orang awam bagi menyegerakan sasaran.

“Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai pihak akan diumumkan dalam masa terdekat. Perancangan bersama KKM itu diharap dapat dijayakan dalam tempoh tiga minggu.

“Jadi sebelum rentas negeri diumumkan, banyak perkara yang perlu difikir melibatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

“SOP akan diumumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, minggu depan,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI