fbpx

6,000 penuntut UTeM mula kuliah secara fizikal bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seramai 6,000 penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dijangka memulakan pembelajaran secara fizikal di kampus bermula 15 Oktober depan.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Profesor Ir. Dr. Ghazali Omar berkata, pembukaan semula kampus itu termaktub bagi penuntut yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Katanya, vaksinasi tersebut juga disyaratkan telah melepasi tempoh matang dan penuntut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diperincikan.

“Kita anggarkan seramai 6,000 pelajar akan memulakan kuliah di kampus secara fizikal bermula 15 Oktober depan dengan mengambil kira 50 peratus jumlah kapasiti pelajar keseluruhan UTeM pada masa kini.

“Sementara itu 10 peratus daripadanya pula merupakan anggaran jumlah yang dibenarkan bagi pelajar pascasiswazah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan semalam. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI