fbpx

Perkhidmatan penghantaran mel, bungkusan antarabangsa Pos Malaysia kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POS Malaysia sebelum ini terpaksa menghentikan perkhidmatan penghantaran mel dan barangan ke luar negara kerana penguatkuasaan tahap sekatan berbeza-beza di negara destinasi. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pos Malaysia kembali menyediakan perkhid­matan penghantaran antarabangsa bagi mel dan bungkusan bermula semalam.

Khidmat itu meliputi 56 negara destinasi, antaranya Australia, Austria, Bahrain, Belgium, Bulgaria, China, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Mesir, Ethiopia, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Itali, Jepun, Jordan, Kuwait, Le­banon dan Maldives.

Selain itu, penghantaran turut disediakan ke Maghribi, Belanda, Norway, Oman, Pakistan, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Arab Saudi, Serbia, Singapura dan Afrika Selatan.

Ia juga meliputi Korea Selatan, Sepa­nyol, Sri Lanka, Sudan, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Tunisia, Turki, Ukraine, Emiriyah Arab Bersatu dan Uni­ted Kingdom,

Menurut Pos Malaysia, per­khidmatan tersebut terhad kepada destinasi tertentu ekoran limitasi penerbangan antarabangsa disebabkan pandemik Covid-19.

“Negara destinasi terpilih adalah berdasarkan kapasiti serta kekerapan penerbangan yang mencukupi.

“Khidmat penghantaran ke­ luar negara ini merupakan penambahan kepada Express Mail Service (EMS) yang tersedia sejak Mac 2021.

“Ia akan membolehkan pe­langgan berhubung dengan sahabat handai dan keluarga tersayang serta meluaskan rangkaian perniagaan ke luar negara,” katanya.

Pada 3 Ogos 2020, Pos Malaysia telah menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan, termasuk EMS ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura.

Langkah itu disebabkan impak pandemik yang mengakibatkan pelaksanaan tahap sekatan berbeza-beza di negara destinasi untuk penerbangan.

Penutupan lapangan terbang dan larangan merentas sempadan juga memberi kesan kepada perkhidmatan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI