fbpx
Sebahagian daripada remaja atau pelajar yang datang ke PPV Dewan Millenium, Kepala Batas bagi mendapatkan suntikan vaksin dos pertama, hari ini. - Gambar hiasan.

3,500 remaja Pulau Pinang terima vaksin hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seramai 3,500 remaja berusia 16 dan 17 tahun menerima suntikan vaksin Covid-19 di enam buah pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini hari ini.

Lokasi berkenaan adalah di PPV Dewan Millenium, Pusat Konvensyen SPICE, Tapak Ekspo Seberang Jaya, Vangohh Eminent Hotel, Pusat Konvensyen Dewan Perda dan Dewan Serbaguna Sungai Bakap.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee, dengan kapasiti kesemua PPV tersebut, pihaknya menjangkakan pemberian vaksin kepada golongan berkenaan boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada daerah itu sendiri kerana daerah yang banyak sekolah mungkin habis lewat sedikit.

“Tetapi, itulah jangkaan kita,” katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau proses pempusatberian vaksin kepada remaja di PPV Dewan Millenium, Kepala Batas, di sini hari ini.

Difahamkan, sebanyak 500 dos suntikan diperuntukkan untuk PPV tersebut hari ini dan jumlah itu dijangka meningkat selepas ini memandangkan lokasi itu mampu menampung kapasiti pemberian vaksin sehingga 2,000 dos suntikan dalam sehari. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR