fbpx

Wang RM1.2 juta hangus ditipu sindiket Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kerugian RM1,215,600 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia pada 29 Julai lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Superintendan Tan Poh Cheok berkata, mangsa merupakan wanita tempatan berusia 61 tahun yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta.

“Pada 29 Julai lalu, mangsa terima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai LHDN. Individu itu memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai dan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

“Mangsa kemudiannya dihubungi seorang lagi individu mendakwa dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka memaklumkan namanya tersenarai dalam individu yang dikehendaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, individu tersebut meminta mangsa mengaktifkan akaun bank miliknya untuk proses siasatan.

“Wanita itu juga diminta untuk menyalurkan semua maklumat berkaitan penyata gaji, penyata insurans, penyata bank, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan maklumat saham milik mangsa.

“Mangsa diarahkan membuat beberapa transaksi dari akaun lain termasuk memindahkan wang KWSP ke dalam akaun yang baru diaktifkan,” jelasnya.

Tanpa pengetahuan mangsa, wang di dalam akaunnya telah dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali.

“Mangsa menerima surat pemakluman melalui aplikasi Whatapps bahawa transaksi pindahan wang tersebut adalah bagi tujuan pembekuan akaun. Mangsa kerugian RM 1,215,600.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi tindakan siasatan selanjutnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI