fbpx

Percubaan ‘ngeri’ Choi Bo-geun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI BO-GEUN

TIDAK kisahlah pelakon baharu mahupun lama, sudah pasti peminat mempunyai standard tinggi apabila menonton sebarang drama atau filem.

Itu antara yang dilalui pendatang baharu, Choi Bo-geun. Biarpun masih hijau dalam dunia lakonan, dia tetap berdepan kritikan teruk kerana dikatakan tidak mempunyai intonasi dan sebutan yang baik dalam drama sulung lakonannya, High Class.

Menerusi naskhah berkenaan, dia mendukung watak Lee Jun-mo, seorang pelajar sekolah menengah yang memberontak terhadap ibunya selain membenci kehidupan selepas wanita itu berkahwin lain.

Dalam episod pertama drama berkenaan, Lee Jun-mo dilihat tidak mengendahkan ibunya dalam satu babak, sebelum mula bertengkar antara satu sama lain kerana asyik bertanyakan perihal di sekolah.

Menggunakan kata-kata sinis dan tajam bagi meluahkan perasaannya, penonton turut mempersoalkan cara sebutan dialognya yang tidak jelas lantas mengganggu konsentrasi mereka.

“Saya tidak pernah nampak orang yang berlakon dengan buruk macam ini.

“Saya boleh cakap dengan lebih baik daripadanya walaupun memakai pendakap gigi.

“Dia warga asing ke?” komen sinis penonton.

Selang beberapa jam selepas itu, Bo-geun segera memuat naik permohonan maaf secara terbuka dalam InstaStorynya.

Dia berjanji untuk memperbaiki mutu lakonannya selepas ini.

Choi Bo-geun, 20, ialah pelakon baharu naungan Kim Soo-hyun iaitu Gold Medalist dan High Class merupakan percubaan pertamanya dalam industri K-drama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI