fbpx

Teliti kaedah terbaik stabilkan harga ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL mengadakan lawatan ke Pusat Ternakan Kelah Asuko Genius Sdn. Bhd. di Kulai, Johor hari ini.

KULAI – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan meneliti kaedah terbaik untuk menstabilkan harga pasaran ayam dalam industri makanan tempatan yang sedang meningkat naik di seluruh negara ketika ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat perlu melihat kepada impak yang terhasil khususnya kepada golongan terlibat.

“Kerajaan sedar akan isu harga ayam yang meningkat naik, MOF bersama KPDNHEP dan MAFI akan meneliti cadangan untuk menstabilkan harga ayam di dalam industri makanan tempatan.

“Apa-apa keputusan dibuat perlu melihat dari segi impak kepada penternak dan semua pihak terlibat serta industri lain di dalam rantaian bekalan makanan, khususnya impak kepada pengguna, itu keutamaan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Ternakan Kelah di Asuko Genius Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Tambah Tengku Zafrul lagi, pihaknya difahamkan kenaikan harga ayam yang berlaku ketika ini adalah kerana ketidaktentuan permintaan pasaran ekoran pembukaan semula beberapa sektor ekonomi.

Menurut beliau, kenaikan harga ayam yang dilaporkan di seluruh negara ketika ini juga dijangkakan bersifat sementara.

“Sementara itu, pemberian subsidi kepada pengusaha dan penternak ayam akan dibincangkan terlebih dahulu dan buat waktu ini masih belum ada keputusan berhubung perkara itu,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI