fbpx

Lelaki amuk bawa sabit hidap masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar suspek bertindak agresif ketika pasukan bomba melakukan kawalan di Jalan Ketitir, Bukit Gambir di sini semalam.

GEORGE TOWN – Suspek lelaki yang ditahan polis selepas bertindak agresif membawa dua bilah sabit di Jalan Bukit Gambir di sini semalam disahkan menghidap masalah mental.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung rekod kesihatan suspek berusia 53 tahun itu daripada pihak hospital sejurus tangkapan dilakukan.

“Ketika soal siasat dijalankan ke atas suspek semalam (sebelum menerima laporan daripada pihak hospital) dia tidak menunjukkan sebarang sikap agresif dan berada dalam keadaan tenang.

“Suspek telahpun dihantar ke Hospital Psikitri di Jalan Perak lewat malam tadi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kaedah tangkapan dilakukan, Soffian memberitahu, pihaknya terpaksa menggunakan tahap kekerasan minima dengan merangkul dari arah belakang semasa suspek sedang leka.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal dan membantu polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif sambil memegang dua senjata tajam di Jalan Ketitir, Bukit Gambir di sini.

Polis kemudiannya mengesahkan yang suspek terbabit memiliki 10 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI