fbpx

Johor perlu sedia transisi pandemik kepada endemik – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail mempengerusikan perjumpaan kali pertama Special Task Force Covid-19 bagi persediaan negeri Johor berdepan cabaran Covid-19.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa negeri Johor perlu bersedia untuk transisi daripada situasi pandemik kepada endemik.

Tunku Ismail bertitah, bagi berdepan cabaran itu, Special Task Force Covid-19 negeri Johor diyakini mampu menyumbang kepada penurunan kes positif melalui langkah kesihatan awam yang efektif dan penggunaan teknologi terkini.

Menurut baginda, Special Task Force Covid-19 itu berperanan untuk memantau dan memperbaiki proses yang digunakan bagi sistem menyaring, mengasingkan, mengawasi, dan merawat pesakit Covid-19.

“Saya yakin dengan para anggota Task Force yang dipilih secara inklusif ini akan dapat melawan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan dan kes positif akan mula menurun melalui langkah kesihatan awam yang efektif dan penggunaan teknologi terkini,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 9 September lalu, TMJ mengumumkan penubuhan Special Task Force Covid-19 berkenaan melibatkan antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan kerajaan negeri.

Jawatankuasa khas tersebut diketuai Tunku Ismail sendiri bagi memantau dan menambah baik pengurusan pandemik Covid-19 di Johor.

Keanggotaan Task Force Covid-19 itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pakar-pakar daripada universiti, swasta, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI