fbpx

Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Harga emas hari ini merekodkan penurunan sebanyak RM4.23 kepada RM236.83 per gram berbanding RM241.06 per gram semalam.

Berdasarkan laman Facebook Harga Emas Malaysia, trend penurunan itu direkodkan sejak semalam iaitu RM1.51 berbanding RM242.57 kelmarin.

Pakar pelaburan emas yang juga penulis buku, Syukor Hashim berkata, kejatuhan harga emas yang agak mendadak kali ini didorong laporan data Jualan Runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi.

“Laporan itu menunjukkan peningkatan jualan runcit di Amerika Syarikat sebanyak 0.7 peratus untuk bulan Ogos 2021,” katanya hari ini.

Menurutnya, laporan itu berbeza dengan jangkaan agensi statistik Amerika Syarikat dikenali sebagai Census Bureau yang menyatakan jualan runcit akan merosot sebanyak 0.8 peratus serta peningkatan kes Covid-19 turut dijangka memberi kesan terhadap rantaian bekalan negara itu.

Beliau berkata, data terbaharu itu bagaimanapun memberi bayangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat tetap mengukuh meskipun dalam peningkatan kes Covid-19 secara global.

“Apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan atau peningkatan seumpama itu maka harga emas akan jatuh.

“Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat dalam situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi dilihat sedang pulih,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI