fbpx
MCMC

Aplikasi Mudah Alih Nasional diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Aplikasi Mudah Alih Nasional kini diwujudkan sebagai akses pelbagai perkhidmatan untuk orang ramai dan dikendalikan secara dalam talian bagi tempoh tiga minggu bermula 15 September sehingga 6 Oktober depan.

Cadangan pelaksanaan platform aplikasi tersebut dipersetujui secara prinsip oleh kerajaan menerusi Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri Keempat Negara (MED4IR) pada 22 April lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan berkata, platform berkenaan menjadi pusat sehenti setempat yang membolehkan pengurusan keperluan pengguna diuruskan melalui sebuah aplikasi.

“Ia menawarkan kemudahan penggunaan, kepelbagaian fungsi, ciri-ciri dinamik, kepelbagaian perkhidmatan digital serta membolehkan pengguna merasai pengalaman digital yang lancar.

“Aktiviti-aktiviti seperti mengakses perkhidmatan digital kerajaan, perkhidmatan swasta terpilih, pembayaran bil, saman trafik, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan, pendaftaran kelahiran, perkahwinan dan banyak lagi boleh dilaksanakan tanpa perlu berulang alik ke lokasi,” katanya.

Sehubungan itu, MCMC mempelawa orang ramai untuk menyertai soal selidik berkenaan dengan penggunaan Aplikasi Mudah Alih Nasional bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung perkhidmatan digital yang perlu dan ingin digunakan menerusi platform aplikasi berkenaan.

Katanya, kesemua maklum balas yang diberikan menerusi soal selidik itu akan diambil kira dalam pembangunan platform Aplikasi Mudah Alih Nasional yang sedang dirancang oleh kerajaan ketika ini. -K! ONLINE

POPULAR