fbpx

Bakar jemuran jiran angkara sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar.

KLANG – Gara-gara berang sepupunya enggan membuka pintu rumah telah menyebabkan seorang gelandangan membakar jemuran jirannya sebelum ditahan di taman sebuah flat di Pelabuhan Klang, dekat sini semalam.

Penahanan suspek lelaki itu dilakukan pukul 4.30 petang iaitu kira-kira tiga jam selepas kejadian tersebut yang berlaku di tingkat satu kawasan flat sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan tindakan suspek itu disedari jirannya yang merupakan seorang suri rumah berusia 69 tahun apabila terbau asap daripada luar rumah di kawasan flat sama.

Katanya, mangsa yang keluar kemudiannya mendapati baju jemurannya dipegang suspek dalam keadaan terbakar di hadapan rumah.

“Hasil siasatan mendapati sehari sebelum itu suspek juga bertindak dengan cara sama apabila membakar pinggan, mangkuk dan penyapu yang berada di depan rumah mangsa.

“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk mencuri selain dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, motif kejadian adalah suspek tidak berpuas hati dengan adik sepupunya yang merupakan jiran mangsa kerana tidak membuka pintu rumah.

Kata Shamsul Amar, suspek tersebut juga berkemungkinan mempunyai masalah mental.

“Kita telah perintah reman selama lima hari terhadap suspek sehingga 20 September depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” jelasnya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI