fbpx

Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi lelaki memandu melawan arus di KM23 hingga KM20 Kesas

KLANG – Seorang lelaki dalam keadaan mabuk ditahan selepas memandu melawan arus sejauh tiga kilometer (km) di KM23 hingga KM20 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), tengah malam tadi.

Penahanan suspek berusia 36 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 12.01 tengah malam oleh pasukan peronda Lebuh Raya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek yang bekerja membaiki dapur itu telah melawan arus dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios dari susur Bandar Puteri sehingga plaza Tol Kota Kemuning.

Katanya, ujian alat EBA II atau alkohol dijalankan terhadap suspek adalah positif iaitu melebihi had bacaan 100 miligram yang ditetapkan.

“Hasil semakan turut turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod saman trafik kerana terlibat dalam kemalangan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi sembilan saat memaparkan aksi lelaki tersebut memandu melawan arus menggunakan laluan pertama di Kesas sehingga membahayakan pengguna lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI