fbpx

ECRL perlu kekal lalui jajaran selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri berpendirian pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi bahagian C perlu kekal melalui bahagian selatan termasuk di Kuala Langat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han menegaskan kerajaan negeri tidak pernah bersetuju dengan cadangan pembinaan ECRL melalui jajaran utara dalam beberapa sesi libat urus dengan pemilik projek iaitu Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) sebelum ini.

“Pendirian itu sejajar pelan pembangunan ekonomi negeri termasuk beberapa perancangan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membangunkan zon selatan Selangor.

“Ia antaranya melibatkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) yang telah memasukkan elemen pembinaan dan penggunaan ECRL di dalam Rancangan Tempatan 2025 MPSp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai penjajaran laluan ECRL yang tidak melintasi hutan Kuala Langat dan bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI