fbpx

Gempa bumi: Pahang mula bertindak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian tanda-tanda garis sesar yang dilakukan Jabatan Mineral dan Geosains di kawasan Bukit Tinggi di Bentong.

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang melangkah ke hadapan dalam menangani ancaman gempa bumi dengan melakukan persediaan awal memasang Penanda Aras Gempa bumi (PAG) dan membangunkan sistem amaran awal gempa bumi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada masa ini Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah memasang 13 PAG di daerah Bentong bagi memantau pergerakan blok ba­tuan dan mengenal pasti segmen sesar yang aktif dari semasa ke semasa.

“Di bawah Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050 pula kerajaan negeri beri cadangan risiko bencana geologi berkaitan gempa bumi dengan membangunkan sistem amaran awal gempa bumi di kawasan berisiko di daerah Bentong, Raub dan Ca­meron Highlands.

Wan Rosdy Wan Ismail

“Sistem amaran awal tsunami juga dibangunkan di kawasan berkemungkinan terkesan bencana geologi tsunami iaitu di daerah Rompin, Kuantan dan Pekan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan keindahan kawasan tanah tinggi di Janda Baik dan Bukit Tinggi di Bentong terdedah kepada ancaman tanah runtuh yang berpunca daripada gempa bumi susulan pengaktifan semula garis sesar Bukit Tinggi sejak 2007.

Pengaktifan semula garis sesar selepas ribuan tahun ia ‘mati’ menyaksikan 30 kejadian gempa bumi berlaku di kawasan itu bermula pada tahun 2007 dengan gegaran terkuat direkodkan adalah 4.2 pada skala Richter.

Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd. Rasid Jaapar berkata, gempa bumi di Janda Baik dan Bukit Tinggi di Bentong boleh berulang memandangkan kawasan itu terletak dalam garis sesar Bukit Tinggi yang mengunjur dari Kuala Pilah-Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri serius dalam menangani ancaman kejadian gempa bumi di kawasan-kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik di Bentong yang mencatatkan 30 titik gempa serta di daerah Jerantut yang mencatatkan satu titik gempa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI