fbpx

Gas bocor, lima beranak sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Bomba memeriksa sebuah kereta dinaiki lima beranak selepas dipercayai berlaku kebocoran gas. Foto IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Lima beranak mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas terhidu gas karbon monoksida dipercayai berpunca daripada kebocoran gas dalam kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seremban – Tampin dekat Kawasan Perindustrian Ringan Senawang di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Hidayat Basly berkata, pihaknya dengan dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat awam berhubung kejadian itu pada pukul 6.35 petang semalam.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak berusia empat hingga 33 tahun mengalami sesak nafas dan pedih mata dipercayai terhidu gas karbon monoksida dalam kereta dinaiki mereka yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Pihak bomba kemudiannya membawa kesemua mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Mohd. Hidayat, siasatan awal mendapati berlaku kebocoran gas pada kenderaan tersebut sebelum gas karbon monoksida itu memasuki kereta.

“Pasukan Hazmat telah membuat pengesanan gas di dalam kereta serta kawasan sekitar sehingga keadaan selamat dan terkawal sebelum operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.46 malam tadi,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI