fbpx

Suami minta cerai selepas berkahwin sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu mendakwa terpaksa mengahwini isterinya kerana menerima tekanan daripada wanita itu serta sering diganggu olehnya. – Shutterstock

BEIJING – Sepasang suami isteri di wilayah Yunnan, China memohon kebenaran untuk bercerai daripada mahkamah sejam selepas melangsungkan perkahwinan dengan si isteri meminta wang pampasan berjumlah 300,000 yuan (RM192,898) daripada suaminya, lapor akhbar Global Times baru-baru ini.

Menurut laporan, si suami yang merupakan seorang pelajar kolej adalah yang pertama memohon kebenaran untuk bercerai sejurus selepas mereka berkahwin dengan memberi alasan bahawa dia enggan mengahwini wanita berkenaan pada mulanya.

Dia mendakwa terpaksa mengahwini isterinya yang merupakan seorang jururawat kerana menerima tekanan daripada wanita itu.

Tambah lelaki tersebut, dia juga telah memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan sebelum perkahwinan mereka berlangsung.

Wanita itu bagaimanapun sering menghantar pesanan teks kepadanya yang mengugut dan mengganggu lelaki itu.

Sebagai respons atas permohonan cerai suaminya, wanita itu meminta wang pampasan berjumlah 300,000 yuan (RM192,898) dengan mendakwa bahawa lelaki itu berlaku curang terhadapnya.

Selepas perbicaraan di mahkamah, hakim mendapati kedua-dua mereka bertindak mengikut emosi dan lelaki tersebut gagal membuktikan bahawa hubungan mereka telah putus sebelum berkahwin.

Justeru itu, permohonannya untuk bercerai tidak diluluskan oleh mahkamah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI