fbpx

Sarawak belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Sarawak United, Uche Agba cuba merebut bola daripada pemain pertahanan NSFC, Annas Rahmat pada saingan Liga Premier di Stadium Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

PASUKAN Sarawak United FC percaya gelaran merebut kejuaraan Liga Premier musim ini masih terbuka walaupun tewas 0-1 kepada seteru, Negeri Sembilan FC (NSFC) yang berjaya me­rampas takhta liga ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad The Golden Hornbill terpaksa akur apabila pulang dengan tangan kosong selepas penyerang NSFC, Francis Kone menjaringkan gol kemenangan pada masa kece­deraan.

Lebih dramatik, kedua-dua pasukan telah diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas pen­jaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee dilayangkan kad merah manakala Kone turut menerima nasib yang sama pada penghujung perlawanan.

Ketua jurulatih Sarawak Uni­ted, E. Elavarasan tetap enggan mengibarkan bendera putih memandangkan pasukannya hanya ketinggalan satu mata berban­ding NSFC dan akan terus berjuang sehingga ke wisel penamat aksi terakhir nanti.

“Perebutan kejuaran masih belum berakhir dalam bola sepak kerana segala-galanya boleh berlaku pada perlawanan terakhir. Buat masa ini, susah untuk ramalkan kerana NSFC akan berjumpa PDRM FC.

“PDRM FC sudah tentu memburu slot ke Piala Malaysia dan mahu berikan yang terbaik. Malah, mereka juga kehilangan Kone yang dilayangkan kad merah dan itu adalah perkara positif buat kami.

“Namun, kami tetap perlu fokus pada aksi terakhir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II nanti dengan meraih kemena­ngan walaupun nasib tidak lagi terletak di tangan kami,” katanya selepas tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI