fbpx
Azlinda (berdiri, tiga dari kanan) menemani Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau (duduk) meninjau program vaksinasi bergerak di Pontian, Johor hari ini.

Vaksin Prihatin Johor sasar 30,000 OKU, warga emas divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Program Vaksin Prihatin Johor mensasarkan 30,000 penerima suntikan Covid-19 yang bermula pada 18 Julai lalu hingga 31 Oktober depan bagi membantu sasaran imuniti kelompok negara.

Pengarahnya, Datuk Azlinda Abdul Latif berkata, bagi tujuan tersebut pihaknya telah mengadakan program vaksinasi bergerak di 10 lokasi di seluruh negeri Johor dengan tumpuan diberikan kepada warga usia emas dan OKU di negeri ini.

Katanya, kebenaran penganjuran program ini telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama empat bulan dan akan disambung sekiranya memerlukan pengelibatan seterusnya.

Menurut beliau, pihaknya juga bersedia untuk membantu pemberian suntikan vaksin kepada pelajar-pelajar sekiranya Negeri Johor telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan program tersebut.

“Sehingga ini kami menjangka sasaran 30,000 penerima akan diperoleh sehingga akhir bulan Oktober sebagai sokongan kepada Program Imunisasi Covid Kebangsaan ( PICK ),” katanya selepas menghadiri Program Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Pertubuhan Pendidikan Falsafah Kung Ming, di Pekan Nanas, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN