fbpx

Tasik Hijau ‘telan’ mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat seorang pemuda yang ditemui lemas selepas terjatuh ketika beriadah di Tasik Hijau, Bukit Lunchu, Pasir Gudang, Johor hari ini. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Keseronokan lima pemuda melakukan aktiviti riadah mengunjungi Tasik Hijau, Bukit Lunchu, Pasir Gudang di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas hari ini.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai, Mohd. Faiz Daniel Maula Mohd. Nor, 26.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, mangsa ditemui pukul 2.45 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Maklumat awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tasik sebelum hilang dan lemas.

“Pihak kami terima panggilan pukul 10.22 pagi dan 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan SAR.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa yang mengunjungi kawasan berkenaan untuk tujuan riadah telah lemas.

“Mayat mangsa ditemui pada kedalaman satu hingga dua meter dari tempat mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat Mohd. Faiz diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI