PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di tujuh negeri malam ini.
Bagi Perak kawasan terlibat adalah Larut, Matang, Selama, Ulu Perak dan Kuala Kangsar, manakala di Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.
Ribut petir dan hujan lebat turut diramal di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin di Pahang.
Begitu juga di beberapa kawasan di Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi serta Limbang di Sarawak.
Manakala bagi Sabah kawasan terlibat Sipitang, Tenom, Nabawan, Ranau, Sandakan Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluaran. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














