fbpx

Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi lagak ngeri sesi fotografi pasangan ini menimbulkan perasaan seriau bagi kebanyakan mereka yang melihatnya. - Carter News Agency

LITTLE ROCK, Arkansas – Sepasang pengantin baharu memilih gaya ekstrem dalam sesi fotografi perkahwinan mereka apabila bergaya di tebing curam setinggi hampir satu meter, lapor akhbar The Sun UK semalam.Ryan Myers, 30, dan Skye, 28, yang merupakan penggemar aktiviti lasak mengambil keputusan meraikan perkahwinan mereka di tebing ikonik negeri itu iaitu Hawksbill Crag.

Aksi kedua-dua pengantin baharu itu menimbulkan rasa ngeri dalam kalangan sebilangan individu yang menyaksikan gambar mereka apabila Skye yang berkaki ayam berdiri di hujung tebing sambil memegang lengan suaminya.

Foto itu seolah-olah menunjukkan Skye hampir terjatuh ke bawah namun sebenarnya dia telah diikat dengan tali keselamatan terlebih dahulu.

Skye sebenarnya telah diikat dengan tali keselamatan sebelum sesi fotografi bermula. – Carter News Agency

“Kami mengimpikan perkahwinan yang besar dan meriah namun Covid-19 memusnahkan semuanya.

“Memandangkan kami berdua pencinta aktiviti ekstrem maka merakam gambar perkahwinan di lokasi ini sangat bermakna,” jelas Myers.

Tambahnya, setiap kru penggambaran adalah golongan profesional dan mereka mendapatkan khidmat profesional sebelum melakukan aksi-aksi yang berbahaya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN