fbpx

Messi cemerlang padam rekod Pele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) muncul penjaring terbanyak benua Amerika Selatan selepas meledak hatrik membantu Argentina menewaskan Bolivia semalam. – AFP

BUENOS AIRES – Bintang sensasi­ dunia, Lionel Messi memintas rekod legenda Brazil, Pele sebagai penjaring terbanyak pe­ringkat antarabangsa dalam sejarah bola sepak benua Amerika Selatan.

Kejayaan itu hadir selepas Messi, 34, meledak hatrik membantu Argentina menewaskan Bolivia 3-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Estadio Mo­numental semalam.

Ia menyaksikan pemenang enam Ballon d’Or itu kini mengumpul 79 gol dalam 153 penampilan antarabangsa sekali gus memintas rekod Pele sebagai penjaring terbanyak benua Amerika Selatan iaitu 77 gol daripada 92 perlawanan.

“Sudah lama saya menantikan detik ini. Sukar untuk saya menggambarkan perasaan sekarang tetapi apa yang pasti saya mahu menikmatinya selepas berusaha keras sepanjang karier,” kata Messi.

Kecemerlangan itu turut me­lonjakkan Messi sebagai penja­ring keenam terbanyak peringkat antarabangsa dengan memintas kedudukan Pele dan legenda Iraq, Hussein Saeed yang menja­ringkan 78 gol daripada 137 perlawanan.

Ketua jurulatih Argentina, ­Lionel Scaloni berbangga de­ngan pencapaian bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu yang kini berpeluang menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik penjaring terbanyak peringkat antarabangsa.

“Messi meninggalkan satu legasi buat semua pemain dalam pasukan kebangsaan.

“Sejak dulu hingga sekarang, beliau masih merupakan seorang pemain yang mampu membawa perbezaan dalam mana-mana perlawanan. Saya amat ber­bangga kerana dapat melatih pemain legenda seperti Messi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI