BALING – Sebuah keluarga terkejut apabila sebuah lori yang dipenuhi muatan batu merempuh pagar rumah mereka di Kampung Bawah Gunung di sini, pagi tadi.
Menurut Aishah Masri, 29, kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika dia sedang mendandan seorang bakal pengantin untuk majlis akad nikah.
“Kami terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di hadapan rumah sebelum mendapati sebuah lori muatan batu merempuh dinding pagar batu di halaman rumah.
“Mujur tiada sesiapa di halaman rumah, biasanya pada waktu itu anak saudara, Adam Daniel Mohd. Fauzi, 10, bermain di halaman rumah bersama rakan-rakannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya lagi, ketika kejadian hujan agak lebat dan mereka sekeluarga berada di dalam rumah dan itu merupakan kejadian kali kedua kenderaan berat merempuh pagar rumah.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929