fbpx

Jinggo minta Finas tangkap produser degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINGGO

PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah, Jinggo berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil tindakan tegas terhadap rumah produksi yang berdegil mengambil pelakon tanpa vaksin secara diam-diam.

Pemilik JS Pictures itu berkata, sikap sesetengah penerbit yang sanggup melanggar prosedur operasi standard (SOP) demi menyambung semula penggambaran tanpa memikirkan risiko boleh memberi kesan kepada syarikat produksi lain.

“Jangan kerana kamu semua, kita orang pula tidak boleh melakukan penggambaran! Finas tolong tangkap produksi yang tidak mengikut SOP.

“Sebelum kemudahan industri kita ditarik semula. Boleh pula kamu semua ‘menganjing’ ya, tidak perlu ambil vaksin pun ada sahaja produksi yang panggil.

“Kalau lepas tidak mengapa, kalau tak lepas? Bukan kamu sahaja yang sangkut, kita orang pun sangkut. JS Pictures sudah nak kembali menjalani penggambaran tahu tak!” luahnya menerusi Instagram..

Sementara itu, menerusi hantaran sama Jinggo atau Azman Yahya, 55, menegaskan bukan mempertikaikan pilihan pelakon yang enggan menjalani suntikan vaksin Covid-19 kerana ia terpulang kepada individu itu sendiri .

Cuma katanya, teguran yang diluahkan adalah kepada rakan seperjuangannya dalam industri kreatif terutama penerbit drama yang tidak mematuhi garis panduan kerajaan.

“Untuk artis yang tak mahu ambil vaksin boleh ‘shooting’ dengan produksi itu, saya tak kisah sebab vaksin bukan perkara yang diwajibkan, itu hak kamu.

“Untuk produksi yang ambil kamu berlakon, kamu semua memang degil. Menyesal tak ‘menganjingkan’ saya?

“Dengarnya produksi itu boleh digantung lesen setahun, lebih pun tak mengapa. Jadi produser itu boleh mula reka cerita macam mana nak mengadap Finas nanti,” tambah suami kepada Sheila Rusly itu lagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI