fbpx

Dua perjalanan feri Kuala Perlis – Langkawi mulai 16 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Pulau Langkawi ditambah kepada dua perjalanan sehari.

ALOR SETAR – Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis, Perlis ke Langkawi akan ditambah kepada dua perjalanan setiap hari bermula 16 September ini susulan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) berkaitan gelembung pelancongan ke pulau itu hari ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, perkhidmatan feri di Terminal Feri Kuala Kedah di sini pula hanya akan dibuka selepas perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan itu tamat.

“Alhamdulillah, pada 16 September ini Langkawi akan kembali dibuka dan menyedari keperluan itu kita akan menambah perjalanan dari Kuala Perlis ke pulau itu menjadikan ia dua trip setiap hari iaitu pagi dan petang berbanding satu trip.

“Sementara Terminal Feri Kuala Kedah pula akan dibuka sebaik sahaja PKPD di situ tamat dijangka 19 September ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Baharin, orang ramai yang ingin membeli tiket feri itu boleh membuat tempahan secara dalam talian di www.cuticutilangkawi.com.

Kata beliau, penguatkuasaan SOP akan dilaksanakan dengan ketat ke atas setiap penumpang termasuk memeriksa sijil vaksinasi mereka yang lengkap dua dos.

“Penumpang perlu menunjukkan sijil vaksinasi  yang lengkap dua dos suntikan ketika membuat pembelian tiket di kaunter dan ketika memasuki balai pelepasan sebelum dibenarkan memasuki feri,” katanya.

Ujarnya, jumlah kapasiti penumpang pada satu masa hanya 50 peratus dibenarkan daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam feri dan kita nasihatkan semua penumpang supaya mematuhi arahan daripada krew sepanjang perjalanan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI