PETALING JAYA – Kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif bagi mengatasi lambakan pemandu e-hailing tanpa Permit Kenderaan e-hailing (eVP) bagi memastikan hanya persaingan sihat berlaku dalam kalangan pemain industri itu. Rata-rata pemandu mengakui, persaingan sesama mereka yang bekerja secara sah telah mendatangkan tekanan ketika pandemik ini, apatah lagi kini perlu berebut penumpang dengan pemandu-pemandu ‘haram’. Seorang pemandu e-hailing, Syazni Mohd. Zainuddin, 34, berkata, bagi berhadapan dengan keadaan itu, dia terpaksa menggunakan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan e-hailing. “Saya sendiri pun kerja di……














