fbpx

Tujuh orang boleh hadir akad nikah mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menetapkan tujuh orang sahaja bagi kehadiran ke majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa hari ini.

Menurut Jawi, ketetapan itu dibuat bagi majlis akad nikah di Jawi Cawangan Labuan dan masjid terpilih di wilayah ini dengan mereka yang dibenarkan ialah pengantin lelaki serta perempuan, wali, ibu pengantin lekaki serta perempuan, bapa pengantin lelaki dan seorang jurugambar.

“Manakala jurunikah dan dua orang saksi adalah dari pihak Jawi dan masjid berkenaan dengan pihak Jawi turut menetapkan enam masjid dan sebuah surau di Labuan sebagai lokasi majlis akad nikah, ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia termasuk Jawi Cawangan Labuan, Masjid Jamek An-Nur;Masjid Sultan Muhammad V; Masjid Jamek Layang- Layangan; Masjid Jamek Adam,Lajau; Masjid Nurul Iman, Kg.Sg. Bedaun; Masjid Ar-Rahman, Kg. Sg. Lada; danSurau Nurhidayah, Perumahan Kos Rendah Rancha-Rancha 2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI