fbpx

Melaka salur RM446,000 Dana Bantuan Kasih Niaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (dua dari kiri) menyampaikan geran Dana Bantuan Kasih Niaga di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM446,000 kepada 446 usahawan menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, inisiatif berjumlah RM1 juta itu merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2021 negeri, memberi manfaat kepada 1,000 individu dan syarikat.

Menurut beliau, ia juga dapat menyemarakkan lagi budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat tempatan serta meningkatkan daya saing para pengusaha yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan negeri menerima sebanyak 1,287 permohonan iaitu 781 permohonan dalam fasa satu, sementara fasa dua melibatkan 506 permohonan. Sebanyak 446 permohonan telah diluluskan dengan peruntukan bernilai RM446,000 setakat Ogos lalu.

“Dana ini akan disalurkan ke dalam akaun penerima yang berjaya. Semoga bantuan tersebut dapat meringankan kesusahan yang dialami oleh pengusaha atau usahawan dalam menghadapi situasi pandemik dan juga norma baharu dalam kehidupan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan geran Dana Bantuan Kasih Niaga di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI