fbpx

Dua disaman, fitnah Nasi Kukus Tonggek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Syarikat NKT, Muhammad Nur Aiman Basuni bersama isteri, Siti Nabilah Mohamad Isa menunjukkan writ saman di sini hari ini.

Ini KUALA LUMPUR – Syarikat perniagaan Nasi Kukus Tonggek (NKT) memfailkan saman fitnah terhadap dua individu yang mendakwa mereka melakukan penipuan dalam perniagaan semalam.

Syarikat NKT selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates semalam dengan menamakan Muhammad Afiq Faisal Shamsuri sebagai defendan pertama manakala Nur Hazreen Mohd. Ramzi sebagai defendan kedua di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam pernyataan tuntutan, syarikat itu mendakwa defendan kedua, Nur Hazreen telah mengeluarkan sembilan (kumpulan) fitnah dalam tempoh dua hingga tiga minggu sejak 3 Julai 2021 menerusi hantaran di media sosial yang mengutuk, memerli dan memburukkan reputasi syarikat tersebut.

Sementara itu, Pengarah Syarikat NKT, Muhammad Nur Aiman Basuni berkata pada 9 November 2020, dia bersama isteri yang juga Penolong Pengarah syarikat, Siti Nabilah Mohamad Isa telah bertemu dengan defendan kedua bagi membincangkan pembukaan dua cawangan di Setia Alam dan Kota Bharu, Kelantan.

“Pada awalnya, semua berjalan lancar namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan, pembukaan cawangan NKT Setia Alam terpaksa ditangguhkan atas pelbagai perkara. Antaranya, pihak kontraktor tidak dapat meneruskan kerja-kerja renovasi dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Kita juga telah mengajak defendan kedua untuk berbincang mengenai kelewatan tersebut dan defendan kedua juga sedia maklum mengenai kelewatan pembukaan cawangan tersebut namun dia telah memuat naik beberapa hantaran di media sosial yang mengatakan syarikat NKT merupakan syarikat penipuan termasuk menuduh kami sebagai penunggang agama.

“Pada 7 Julai lalu, defendan telah memohon maaf atas kenyataan yang dimuat naik di media sosial secara dalam talian. Plantif juga telah menjelaskan perkara-perkara yang timbul dan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ini telah menjejaskan kesemua pemegang lesen NKT secara menyeluruh,” katanya ketika sidang akhbar secara dalam talian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, defendan sekali lagi telah memuat naik pelbagai hantaran di media sosial yang berbaur fitnah. Ia sedikit sebanyak mencalarkan reputasi syarikat.

“Kita telah melantik peguam dan pada 27 Ogos lalu, defendan telah diminta untuk menghentikan dan memadam kenyataan yang berbaur fitnah di media sosial termasuk permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.

“Kita juga telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak tersebut selepas defendan gagal mematuhi klausa perjanjian. Surat tuntutan juga telah dikemukakan, plaintif turut memohon perintah injunksi melalui saman yg difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” jelasnya.

Syarikat NKT merupakan sebuah perniagaan makanan yang mempunyai 26 cawangan di seluruh Malaysia antaranya di Shah Alam, Puchong, Nilai, Melaka dan Kota Bharu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI