fbpx
DA SILVA (tiga dari kiri) bakal menjadi sandaran skuad Penyu untuk merobek gawang Harimau Selatan pada pertemuan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Gempur JDT demi Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) menjanjikan tentangan sengit menjelang aksi menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Pengendali TFC, Mohd. Nafuzi Zain berkata, anak-anak buah­nya bersedia memberikan 200 peratus pada aksi tersebut bagi menghidupkan peluang memburu kedudukan naib juara liga.

Tegasnya, moral pemain Sang Penyu juga tidak terjejas biarpun kedudukan kedua sebelum ini dipintas Kedah susulan kekalahan berturut-turut pasukannya kepada skuad Helang Merah dan Kuala Lumpur.

“Tiada masalah dengan prestasi pasukan dalam dua perlawanan sebelum ini. Kami bermain baik cuma gagal menjaringkan gol dan memanfaatkan peluang.

“Bagaimanapun, pemain saya tetap bersemangat dan nampak bersungguh-sungguh untuk menghabiskan baki saingan liga dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mohd. Nafuzi berkata, TFC bagaimanapun bakal turun tanpa ketua pasukan, Carli De Murga yang masih cedera selain bek kiri, Arif Fadzillah Abu Bakar akibat penggantungan perlawanan.

Katanya, penyerang utama, David Da Silva akan terus diberi kepercayaan merobek pintu gol JDT sambil tidak menolak untuk membuat rombakan kecil bagi posisi pertahanan dan tengah.

“Ramai yang berharap pen­yerang TFC II, Jordan Mintah, diturunkan, namun dia juga belum 100 peratus pulih daripada kecederaan siku dan mengakui tidak bersedia untuk diturunkan.

“Masih ada beberapa sesi latihan terakhir sebelum saya menentukan kesebelasan utama untuk perlawanan terakhir di gelanggang sendiri musim ini,” ujarnya.

POPULAR