fbpx

Whatsapp tamatkan fungsi dalam model telefon lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WhatsApp akan berhenti berfungsi dalam telefon pintar peranti Android 4.0.4 dan lebih lama. - Getty Images

BANDAR RAYA NEW YORK – Syarikat media sosial gergasi, Facebook. Inc mengumumkan bahawa aplikasi mesej WhatsApp akan berhenti berfungsi bagi beberapa model telefon pintar lama dalam tempoh dua bulan lagi, lapor akhbar The Sun semalam.

Platform mesej itu akan memansuhkan sistem sokongan dalam beberapa model telefon pintar lama bermula 1 November ini sekali gus menyebabkan berjuta-juta pemilik tidak dapat menggunakan aplikasi tersebut jika tidak menukar telefon pintar mereka.

Sebanyak 43 model telefon pintar menggunakan sistem operasi Android dan Apple iOS tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan pesanan sedia ada itu.

Model telefon pintar dengan sistem perisian Android 4.0.4 atau yang lebih lama akan menjadi tidak serasi, begitu juga iPhone dengan iOS 9 ke bawah.

Model-model telefon pintar yang terlibat adalah Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2, LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II, Huawei Ascend Mate, Ascend D2

Apple iPhone bagi model SE, 6S dan 6S Plus.

Menurut WhatsApp, penghentian sokongan untuk telefon lama akan menjadikan aplikasi itu beroperasi dengan lebih selamat.

Perkhidmatan pesanan ini  kehilangan ramai  pengguna sejak tahun lalu kerana keraguan mengenai kawalan keselamatan yang berterusan terhadap syarat perkhidmatan baharunya.

WhatsApp secara tradisional terkenal dengan perkhidmatan pemesejan yang dirahsiakan tetapi perubahan dalam pengendalian data pengguna telah menimbulkan kontroversi bahawa ia menjual data pengguna untuk tujuan pemasaran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI