fbpx

Lelaki cucuh rokok, tumbuk anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAMPIN – Sepasang suami isteri ditangkap polis susulan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 bulan di sebuah Felda di sini pada 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, tangkapan yang membabitkan ayah tiri mangsa berusia 23 tahun dan ibu kanak-kanak itu yang baru berusia 17 tahun dibuat pada hari sama polis menerima laporan.

“Pada 25 Ogos lalu, pihak kami telah didatangi oleh pegawai perubatan yang memaklumkan telah menerima seorang pesakit iaitu bayi berusia setahun empat bulan dalam keadaan lebam pada mata dan terdapat kesan seterika di belakang badan yang disyaki telah didera.

“Polis telah menjalankan siasatan segera dan ayah tiri mangsa mengaku telah memukul mangsa kerana bayi itu menangis dan membuatkannya menjadi bengang sehingga bertindak menumbuk muka mangsa dan memukul,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Anuwal berkata, ayah tiri mangsa juga mengaku telah mencucuh puntung rokok pada telapak kaki mangsa sebelah kiri.

Menurutnya, pasangan itu telah membawa mangsa ke sebuah klinik kerana sesak nafas dan kemudiannya dipindahkan ke sebuah hospital untuk diberikan bantuan oksigen.

“Ayah tiri mangsa mempunyai rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah. Suspek kini masih ditahan reman, manakala ibu mangsa sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI