fbpx
Produk daging babi yang dirampas Maqis di KLIA semalam.

Maqis gagalkan cubaan bawa masuk daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Cubaan membawa masuk 80 pek produk daging babi seberat 30 kilogram (kg) oleh dua warga China tidak berjaya apabila barang dagangan itu dirampas pihak kuasa dalam pemeriksaan di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan telah dilakukan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada pukul 5 petang semalam.

“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas dua warganegara China itu, pihak berkuasa telah menemui sebanyak 80 pek produk daging babi yang diletakkan di dalam dua kotak gabus.

“Daging babi tersebut dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri dan telah ditahan kerana gagal mengemukakan Permit Import yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis dan Sijil Kesihatan dari negara asal,” katanya.

Maqis berkata, susulan dengan rampasan itu, kesemua daging babi tersebut dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persempelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR