fbpx

Helikopter Tentera Laut AS terhempas, 5 kru masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah helikopter MH-60S Knighthawk mendarat di dek penerbangan kapal induk USS Harry S. Truman - CNN

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Usaha mencari dan menyelamat sebuah helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang terhempas di pesisir pantai San Diego sedang giat dilakukan, kata seorang pegawai.

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, seorang jurucakap Tentera Laut AS berkata, setakat ini, seorang kru helikopter berjaya diselamatkan dan usaha mencari lima yang lain masih giat diteruskan.

Keadaan kru yang terselamat itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Helikopter jenis MH-60S itu dilaporkan terjatuh ke dalam laut ketika sedang menjalani operasi penerbangan rutin kira-kira 60 batu nautika dari pinggir pantai San Diego sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan).

Beberapa aset Pengawal Pantai dan Tentera Laut dikerahkan dalam operasi pencarian tersebut yang akan diteruskan sehingga malam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI