fbpx

Ambil vaksin atau jumpa TMJ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail (kanan)

PETALING JAYA – Kementerian mensasarkan agar guru di negara ini kira-kira seramai 412,000 orang agar divaksin seratus peratus.

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, setakat ini sebanyak 96.5 peratus guru telah divaksin bagi satu dos manakala 83.5 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19.

Manakala pekerja sokongan di sekolah telah menerima vaksin sebanyak 84.4 peratus.

“KKM harapkan 100 peratus guru divaksin bagi melindungi pelajar-pelajar di sekolah. Mana yang tidak mahu vaksin (guru) kena menghadap TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim),” katanya sambil berseloroh ketika sidang akhbar sebentar tadi.

Tambah beliau, KKM mahu sekolah dijadikan tempat yang selamat untuk semua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI