fbpx

Kejayaan komoditi negara diillhamkan dalam video pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sektor komoditi di Malaysia   telah memainkan peranan yang penting dalam menjadikan negara dikenali di peringkat antarabangsa.

Sebelum Merdeka lagi, industri berkaitan  komoditi dilihat sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekali gus menjadi pemacu kepada pendapatan eksport yang terus bertambah setiap tahun tahun.

Ekosistem industri berkenaan telah melahirkan ramai  usahawan yang berjaya setelah terlibat dalam sektor industri hiliran dan juga huluan.

Lebih membanggakan, industri komoditi negara kekal berdaya saing dan menyumbang kepada pencapaian hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Menjelang ulang tahun kemerdekaan negara ke-64 pada 31 Ogos, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Council, Malaysian Rubber Council dan Malaysian Timber Council telah menyediakan satu video mengisahkan tentang bagaimana komoditi menyumbang kepada negara dan membuat kita bangga menjadi warga negara Malaysia.

Video berdurasi lima minit yang dilakonkan oleh pelakon cilik seperti Nik Harraz Nik Yusoff, Nik Qistina Hatifah dan Rahul Iskandar telah membuka minda bagaimana hasil komoditi berjaya menyuntik semangat patriotik sehingga negara mampu mengeluarkan produk buatan serta menjana ekonomi negara.

Ia mengisahkan Apit lakonan Nik Harraz yang tidak pernah merasai hidup sebelum Merdeka dan dia mencari erti kemerdekaan yang sekian tersirat dalam kesederhanaan kehidupan hariannya.

Apit sedar kekayaan komoditi bahan-bahan mentah negara seperti sawit, getah dan kayu-kayan telah menjadi inspirasi kepada dirinya untuk menjadi seorang warga negara yang berjasa dan bersemangat mahu menyumbang jasa kepada negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI