fbpx

TFC tetap buru kedudukan kedua Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI

KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui kehangatan dalam menghabiskan kempen Liga Super musim ini tetap dirasai khususnya status tempat kedua masih terbuka.

Sebagai rekod, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah menoktahkan kejuaraan liga buat kali kelapan berturut-turut selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Kata Nafuzi, peluang untuk bergelar naib juara Liga Super akan menjadi persaingan empat penjuru yang terdiri daripada pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA) FC, Selangor FC dan Penang FC.

Justeru, pengendali kelahiran Kelantan berusia 42 tahun itu percaya pasukannya perlu serius untuk mengutip tiga mata berharga pada aksi bertemu Kuala Lumpur City (KL City) malam ini.

“Bagi saya, perebutan untuk tempat kedua ketika ini cukup sengit dan terbuka kerana setiap pasukan berpeluang untuk memintas kedudukan satu sama lain sekiranya gagal mempamerkan aksi konsisten.

“Sebab itu saya katakan kepada pemain untuk anggap setiap perlawanan selepas ini ibarat aksi final yang perlu kita menang baki tiga perlawanan liga musim ini termasuk aksi menentang KL City nanti.

“Pada perlawanan tersebut, pasukan terpaksa akur apabila kehilangan kapten, Carli de Murga dan mungkin saya akan melakukan sedikit rombakan dalam pasukan”, katanya yang telah membantu skuad Sang Penyu mengutip 37 mata daripada 19 perlawanan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI