fbpx

YDSM sumbang kit ujian kendiri Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azri Sani (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kit ujian kendiri Covid-19 kepada Kasemani (dua dari kanan) di YDSM, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menyumbang 8,000 kit ujian kendiri Covid-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Azri Sani Mazlan berkata, pemberian kit ujian kendiri tersebut bernilai keseluruhan RM280,000.

Beliau berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk memudahkan tugas petugas barisan harapan bagi melakukan ujian saringan Covid-19.

“Kit ujian kendiri itu dapat membolehkan keputusan ujian saringan Covid-19 diperolehi dengan segera sekali gus mempercepatkan lagi proses pengasingan kendiri bagi individu kontak rapat.

“Ia secara tidak langsung membantu JKNT memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam kalangan rakyat negeri ini,” katanya ketika menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Kasemani Embong di sini hari ini.

Azri Sani berkata, sumbagan kit ujian kendiri itu juga bertujuan meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan khususnya asnaf bagi melakukan ujian Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata, YDSM turut menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbangkan makanan bernilai RM30,000 sebulan kepada barisan hadapan yang bertugas pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) di Terengganu sejak Februari lalu.

“Seramai 900 keluarga asnaf negeri ini yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawan Pergerakan (PKP) juga dibantu dengan sumbangan barangan dapur sejak tahun lalu,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI