fbpx

CBP bayar dividen 6.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) membuat pembayaran dividen berjumlah RM58 juta bagi tahun kewangan 2020 yang mana merupakan jumlah tertinggi tercatat dalam sejarah penubuhan CBP sejak tahun 1950.

Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, jumlah pembayaran dividen bagi tempoh berkenaan naik sebanyak 28.7 peratus berbanding RM45.3 juta tahun sebelumnya.

“Kadar dividen bersih bagi tahun 2020 adalah sebanyak 6.7 peratus bagi syer keutamaan iRCPS dan enam peratus bagi syer biasa.

“Pembayaran dividen ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan anggota CBP dan pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan secara online melalui laman sesawang CBP atau melalui aplikasi mobil MyCoopbank bermula 27 Ogos 2021,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Kamari, peningkatan jumlah bayaran ini akan memberi manfaat kepada 92,459 anggota CBP yang layak.

Sehingga 31 Disember 2020, jumlah syer keseluruhan CBP melebihi RM900 juta.

Tambah beliau, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM85.7 juta bagi tahun kewangan 2020 bertambah sebanyak 15.9 peratus berbanding RM73.9 juta pada tahun 2019.

Selain itu, CBP telah mencatat pertambahan sebanyak 1,039 anggota pada tahun 2020 menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 92,459.

Prestasi baik ini didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh Pengurusan CBP terutamanya semasa mendepani suasana pertumbuhan perniagaan yang agak perlahan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Selain itu, tambah beliau, kelewatan pengumuman dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2020 adalah disebabkan penukaran juruaudit yang dilantik.
Ia memerlukan proses perlantikan dilaksanakan semula serta harus mendapatkan kelulusan daripada pengawal selia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI