fbpx

SSR kumpul derma RM92,800 dalam tempoh sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 31 peserta perhimpunan acara lilin di Dataran Merdeka pada Khamis lalu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

PETALING JAYA – Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang kepada tabung bantuan guaman dan kompaun 31 peserta acara nyalaan lilin di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

SSR dalam satu kenyataan media berkata, sumbangan sebanyak RM92,800 itu dikumpul dalam masa sehari melibatkan transaksi daripada 688 individu.

“Ia melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.

“Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan,” kata kenyataan tersebut.

SSR turut memaklumkan pihaknya akan memperincikan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan bagi memastikan ketelusan mereka mengendalikan sumbangan yang diterima dalam masa terdekat.

Pada 19 Ogos lalu, kumpulan yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara kerana terbabit dalam perhimpunan yang bermula pukul 8 malam.

Semalam, Kosmo! melaporkan SSR memohon bantuan orang ramai untuk membayar kompaun berjumlah RM62,000 dengan 31 peserta terbabit dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI