fbpx

SPRM tahan pegawai awam isu pembekalan peralatan penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang pegawai awam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah ribuan ringgit daripada kontraktor berhubung pemberian kontrak pembekalan peralatan penyelamat bernilai lebih RM190,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.45 pagi tadi di Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Sumber menjelaskan, projek tersebut melibatkan pembekalan peralatan menyelamat kepada sebuah agensi pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, difahamkan suspek itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas memberi keterangan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun, enggan mengulas lanjut. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI