fbpx

Anggota APM maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM, Zikri maut dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat berdekatan JPJ di Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah treler di simpang empat lampu isyarat berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Zikri Zafuan, 20, yang berasal dari Kampung Ternang Dalam, Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menghala Kuala Ketil dekat sini.

Katanya, mengikut maklumat saksi kejadian, kemalangan berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Kenderaan berat itu kemudian melanggar bahagian hadapan kanan motosikal yang ditunggang mangsa dari laluan simpang kiri sewaktu lampu isyarat hijau.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI