fbpx

Nenek didenda RM17,333 kerana beri makan burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung-burung itu turut merosakkan harta benda dan memakan makanan penduduk. - Media Wales

LONDON – Seorang nenek didenda sebanyak £3,000 (RM17,333) kerana menyebabkan kira-kira 100 ekor burung memenuhi sebuah kawasan kejiranan di Cardiff, Britain, sehingga mengganggu ketenteraman penduduk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Irene Webber, 71, dilaporkan sering memberi makan kepada burung-burung sejak 20 tahun lalu sehingga menyebabkan haiwan itu memenuhi jalan dan kawasan kejiranan tersebut serta mengganggu kehidupan jiran-jirannya.

Tindakan wanita itu menyebabkan ada antara penduduk yang terpaksa memakai payung setiap kali keluar dari rumah kerana bimbang terkena najis burung.

Selain itu, burung-burung turut merosakkan harta benda dan memakan makanan penduduk.

“Keadaan ini memberi kesan kepada saya dan keluarga dengan masalah najis  burung-burung tersebut, kotoran pada tingkap, kereta dan pakaian serta diri kami sendiri.

“Kami juga tidak dapat makan di luar rumah atau mengadakan barbeku di taman kami sendiri kerana burung camar dan merpati memenuhi kawasan rumah,” kata seorang penduduk.

Sementara itu, seorang ahli majlis perbandaran, Kevin Marney berkata, hobi memberi makan kepada burung yang dilakukan Webber telah menyebabkan kehidupan jiran-jirannya menjadi derita dalam tempoh hampir 20 tahun.

“Dalam pada kita semua menikmati musim panas di halaman  rumah, penduduk di situ tidak dapat keluar rumah dan beriadah,” katanya.

Webber didenda £3,000 (RM17,333) oleh Mahkamah Majistret Cardiff atas kesalahan melanggar notis perlindungan komuniti yang diwujudkan untuk menamatkan pemberian makanan kepada burung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN