fbpx

Lajim Ukin ‘ditidurkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lajim Ukin

KOTA KINABALU – Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan Covid-19 hari ini.

Lajim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dilaporkan telah
ditidurkan sekitar pukul 2 petang tadi.

Sumber dekat berkata, Lajim sudah dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah sejak 13 Ogos lalu.

“Sehari sebelumnya beliau mengikuti lawatan kerja Kudat namun menyatakan berasa kurang sihat pada sebelah malamnya sewaktu berada di rumah.

“Beliau kemudiannya dibawa Hospital Gleneagles untuk rawatan. Bagaimanapun, sejurus menjalani ujian PCR dan RTK, beliau disahkan positif Covid-19.

“Beliau pulang semula ke rumah selepas itu dan keesokan harinya saya menghantar beliau ke Hospital KPJ Sabah untuk memperoleh rawatan Covid-19. Beliau menjalani pemantauan rapi sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, sumber menyatakan Lajim sebelum ini pernah direkodkan mempunyai sakit jantung, gangguan buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi namun semuanya dalam situasi terkawal. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI